BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages


Thursday, May 2, 2013

PESTA BUKU PWTC 2013

  


Assalamualaikum you alls ^^,

    Semalam bersamaan dengan 1 Mei 2013 ialah Hari Pekerja. So, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia (walaupun dah lepas, aku tetap nk wish jugak...peduli apa aku...muahahahaha)..

   Ok, meh kita berbalik kepada topik asal kita ye tuan-tuan, cik-cik, dan puan-puan sekalian. Semalam saya  pergi ke PWTC. Sebab apa?? Haaa..sebab ada pesta buku. Nama dia Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Ada yang kata Pesta Buku PWTC 2013, ada yang panggil KLIBF 2013 sebagai singkatan kepada Kuala Lumpur International Book Fair 2013...tu dalam omputeh la okeh. Yang penting sama je. Pesta buku ni diadakan dari 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013. Yang 5 Mei tak tau la ada ke tak sebab hari tu kan mengundi.

  Saya gerak dari hostel dalam pukul 10 lebih macam tu la. Waktu pagi. Saya pergi sana seorang diri. Berani tak?Ahaks...Memandangkan saya ni tak ada transport sendiri, so saya terpaksa la naik teksi je. Nak naik tren memang tak la kalau sorang-sorang macam ni. Tak berani kot..On the way nak dekat-dekat sampai PWTC tu, jalan dah start jem..ni la yang aku tak suka..so nak ringkaskan cerita, saya pun sampai la kat PWTC tu. Dah sampai tu, apa lagi..masuk la kan...

  Kat dalam tu, sesaknya Ya Rabbi...dah lebih dari tin sardin dah keadaan dalam tu. Berhimpit-himpit, bertolak-tolak, semua ada la. Saya yang cinonet ni banyak kali jugak la jadi mangsa kena tolak dek orang belakang dan hampir-hampir terjatuh. Sekali dua tak apa lagi, ni kalau dah banyak kali tolak aku macam nak bagi aku tersembam kat lantai tu, bengang la der....apa lagi, pusing belakang dan terus bagi jelingan yang tak berapa nak mesra kat orang belakang tu. Tau pun takut. Sabar la..orang lain pun nak jalan jugak...haiyoo...

  Kat sana, tak banyak sangat la buku yang aku beli memandangkan duit saya tak banyak mana pun. So terpaksa berjimat. Tak adanya yang sudi sponsor  diri saya ini..huk3. Saya hanya sempat beli majalah Ujang 2 naskhah dan APO? 1 naskhah. Tu saya beli untuk adik saya. Lepas tu saya usaha jugak cari booth favourite saya iaitu Gempak Starz.Cari punya cari akhirnya jumpa la jugak...Happynya rasa...macam nak lompat-lompat kat situ jugak...ahahahaha...

Beli 3 majalah harganya 10 ringgit dan dapat free beg kertas.  


Komik dari Gempak Starz

  Kat booth Gempak Starz, saya beli 4 buah komik seperti yang tertera dalam gambar di atas(ecececeh). Saya terpaksa tindan macam tu sebab cover komik seram tu pic dia scary lor..ha2...Saya beli komik tajuk Panggilan Kubur, K.O. King, Mamai, dan Show Time!. Ok..kalu korang beli 4 buah komik macam ni, korang akan dapat free 1 beg kitar semula dan cenderahati. Senang kata, makin banyak korang beli, makin banyak la korang dapat beg kitar semula dan cenderahati tu. Comel giler beg dia...he3..

Dapat beg kitar semula dan cenderahati (fail)
Comel kan beg tu??Ha2..

  Selain tu, saya ada la jugak jumpa beberapa orang penulis buku dan pakar motivasi kat sana. Excited terlebih pulak jumpa diorang depan-depan mata ni..pameran lain pun ada...meh tengok pic ni meh...(malas menaip punya pasal la ni)

Ini Ain Maisarah (yang baju purple dok belah kanan tu ye ^^,)

Sape tak kenal Hilal Asyraf ni? meh nak babap..hahak


Model Masjid Nabawi
Model Masjidil Haram

Prof. Doktor Muhaya (comotnya muka kawe...adess)

     Saya memang tak dapat nak ambik banyak gambar sebab orang terlalu ramai dan berhimpit-himpit. Tapi pape pun, memang happy giler ah...ye la..terjumpa pulak dengan orang yang tak disangka-sangka yang dalam gambar atas ni...haha... So, kepada korang yang belum pergi lagi tu, pergi la cepat..dah nak habis dah ni tau. 

  Bagi peminat komik keluaran Gempak Starz macam saya, korang boleh dapatkan autograf dari pelukis komik kegemaran korang. Hari Sabtu ni iaitu 4 Mei 2013, yang akan ada kat sana ialah Keith, Kaoru, Jo, dan Nishiki. Korang boleh bawak komik korang yang sedia ada atau beli je komik kat sana. Tapi kena la komik yang diorang hasilkan okeh. Bad news, 5 Mei 2013 (Ahad) tu sepatutnya ada jugak sesi autograf bersama Keith, Kaoru, Jo, dan Tadatada tapi malangnya terpaksa dibatalkan sebab nak beri laluan kepada PRU 13. Booth Gempak Starz hanya dibuka sehingga 4 Mei 2013 sahaja. Jadi, korang ada peluang sampai hari Sabtu ni je la untuk borong komik kegemaran korang tu. Apa-apa hal korang boleh rujuk di FB Gempak Starz (klik sini). 

  Bagi yang still ada baucer buku, korang boleh guna sekali kat sana. Ada booth yang terima dan ada yang tak terima. Kena pandai-pandai pilih. Saya tak sempat nak guna semalam sebab dok kalut berhimpit-himpit dengan orang ramai...haha..rasa sedih pulak. 

  Jadi, kepada ulat buku sekalian, cepat-cepat la menghadirkan diri ke PWTC tu ye..banyak promosi menarik kat sana. Rugi tau kalau tak pergi. ^^,


WNE: Terkilannya tak dapat jumpa Keith =='



Wednesday, April 24, 2013

DUGAAN

Assalamualaikum...

    Dah lama tak update. Bukan tak ada cerita yang nak dikongsikan....banyak...sangat banyak. Tapi saya sangat-sangat busy dengan praktikum dan penyelidikan tindakan. Masa sangat pack..sampaikan diri sendiri pun tak terurus. Makan minum tunggang langgang, nak rehat memang tak la..kalau dah mengadap buat proposal penyelidikan tindakan tu, memang rasa susah nak bergerak pergi mana-mana. Begitulah hebatnya penangan proposal tersebut ye tuan-tuan dan puan-puan.. ^^,

   Pasal praktikum pulak, saya dah sampai fasa 3 iaitu fasa terakhir praktikum. Maksudnya saya kena dok kat sekolah selama 3 bulan. Yang pasal praktikum tu lain kali saya akan ceritakan. Moga-moga ada mood nak cerita time tu ^^,

ANAK-ANAK MURID SAYA YANG COMEL ^^,


  Kali ni, saya nak kongsi tentang apa yang berlaku pada diri saya pada hari ini. Hari ni hari Rabu. Allah memberikan dugaan yang bertimpa-timpa ke atas saya. Memang bagi sesetengah orang, apa yang saya alami bukanlah seberat mana. Namun bagi saya yang menghadapinya bersendirian...berseorangan...sangat menguji ketabahan hati saya. Saya bukan nak burukkan sesiapa...saya sedar siapa diri saya ni. Di sini sahaja saya dapat luahkan rasa hati saya ini..saya tidak mempunyai sesiapa yang rapat untuk saya berkongsi kepedihan hati saya. Kepada sesiapa yang mengatakan bahawa cerita saya ni macam budak-budak, terpulang..

  KAWAN. Saya pasti anda semua mempunyai kawan bukan? Semua orang memerlukan kawan lebih-lebih lagi kalau kita berada di tempat  yang jauh dari keluarga. Kawanlah tempat kita bergantung harap, meminta bantuan, teman berhibur, tempat berkongsi suka duka...Seronok kan kalau ada kawan macam tu? Tapi, saya tak pernah rasa macam tu. Seingat saya, kawan sekadar atas nama kawan semata-mata. Macam mana nak explain eh?? hmmmm....(ketuk2 kepala dengan pensel) .... ^^'

PINJAM DARI ENCIK GOOGLE

  Ok macam ni..saya tak tau sama ada apa yang saya alami ni sama dengan anda semua...tapi inilah yang berlaku kat saya... Saya x pernah berkira dalam bab-bab tolong kawan.. saya memang tak reti nak berkira. Kalau ada yang datang minta tolong, saya terus setuju...jarang sangat saya tolak.. Ok...tu time diorg...tengok pulak time sy. Tiba giliran saya susah dan cuba minta bantuan diorg, memang menghampakan. Lama-lama saya pun dah penat dok asyik macam ni. So dah banyak kali saya amik tindakan drastik keluar je sorang-sorang...Sakit hati?? Yes...tapi saya fikir balik.. ini dugaan Allah bagi...ni ujian Allah bagi...so saya tak la rasa sakit hati sangat.

  Hari ni pulak, saya baru dapat tahu yang kitorang kena daftar asrama untuk sesi semester depan. Pihak atasan keluarkan arahan untuk cukupkan dulu 14 orang satu dorm baru dibenarkan daftar.pelik punya peraturan. Time ni, saya boleh nampak sama ada saya ni penting atau tak bagi kawan-kawan saya.. Saya ada time diorg sibuk-sibuk discuss nak cukupkan kuota tu, langsung tak sebut pun nama saya...walaupun bertanya sepatah sama ada saya dah ada bilik ke belum..luluhnya hati saya masa tu hanya Allah yang tau..memang kat luar saya nampak biasa tapi saya menangis dalam hati. Saya tak sangka dipinggirkan sebegini rupa. Time tu saya memang rasa down sangat. Sampaikan saya fikir...apa salah saya kat diorang? Apa yang saya buat tak kena?? Yes..memang bagi sesetengah orang hal ni biasa saja...tapi saya menaggungnya seorang diri..betapa beratnya dugaan yang saya tanggung. Saya ada bertanya kat diorang....dan cara diorang jawab betul-betul buat saya rasa terhina...bukan sekali saya diperlakukan macam ni...tetapi dah betahun-tahun.


PINJAM DARI ENCIK GOOGLE LAGI

  Saya tak tau kat mana saya akan ditempatkan nanti..memandangkan pihak atasan buat peraturan yang menyusahkan macam tu. Kalau lah saya mampu, dah lama saya menyewa kat luar je...OK...tu angan-angan je...Hmm...speechless...tapi saya fikir 1 je...ni dugaan Allah...time macam ni la kita boleh kenal mana 1 kawan, mana 1 sahabat....saya pun dah lama survive sorang diri..secara tak langsung, saya boleh belajar berdikari dan tidak terlalu bergantung kat orang...apa yang saya mampu buat?? Mengadu kat Allah...itulah sebaik-baik tempat untuk mengadu...moga-moga Allah permudahkan urusan saya..moga-moga Allah tunjukkan jalan kepada saya untuk keluar dari masalah ini...Aminn... :'(

  Benarlah kata orang...kawan masa ketawa ramai.. tapi kawan masa menangis...hmmm....(geleng kepala)

  Dah lama idamkan sahabat yang boleh jadi teman saya...pendorong saya...sorang pun dah cukup....Dah banyak dah saya membebel ni...ok lah...selamat malam ye...sama- sama doakan yang terbaik.. :)



WNE: Tak mampu nak fikir apa-apa....menangis sorang-sorang je yang mampu...sunyi sangat-sangat hati ni :'(










Wednesday, December 5, 2012

~Wordless Wednesday~


Assalamualaikum....



Cer teka apa jantina budak ni...hikhikhik  ^^,

Monday, November 5, 2012

DEMAM EXAM!!! T__T

Assalamualaikum...

      Lamanya tak update kat blog ni. Dah bersawang dah ni...ahak...biasa la, kalau dah sibuk sangat dengan assignment, praktikum, lepas tu exam lagi...memang tak boleh fokus kat benda lain. Just fikir pasal nak setelkan kerja2 tu je..sesaknya otak hanya Allah yang tau. Tapi aku just anggap benda ni sebagai dugaan dari-Nya. Tu tak termasuk hal2 lain lagi yang ada boleh buat aku sampai jadi migrain. Sabar je la..

    Masa aku tulis blog ni, hujan renyai2 kat luar tu. Sejuk. Tido sedap ni. Tambah2 kalau dapat peluk kucing2 aku...jadi pembekal haba...hihiks....rindunya kat diorang..tiba2 teringin nak makan ubi rebus hujan2 macam ni.. ubi kayu panas cicah ngan nyor(kelapa)..sangat syok makan time hujan macam ni..nanti balik, nak mintak mak buatkan...ha2...sweet betul mak aku..apa2 je yang anak2 dia nak makan..especially yang dok jauh ni, kompem dia masakkan...dah nama pun mak kan..mesti la sayang anak dia...taaaaaaayam mak...hik2...=)

   Hari ni, pukul 11 pagi tadi aku baru tamat exam final sem untuk kali ni. Sedar tak sedar dah habis sem 6 dah aku ni ye..daripada tahun 2008 sampai 2012 ni, dah 4 tahun aku dok KL..yang dari dulu jakun tahap gaban kalau datang KL...sekarang jadi tak heran dah..malah jadi rasa bosan dah...hak2...paper last aku hari ni subjek Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi. Kitorang panggil "killer paper"...sebab apa? sebab subjek ni kena bermain dengan fakta 100%..langsung tak boleh goreng, rebus, or panggang...masa aku bukak kertas soalan tadi pun, aku mengucap panjang. Soalan macam nak bunuh orang. Time tu aku redha je..dengan lafaz bismillah..aku terima nikahnya...eh bukan...aku jawab paper tu dengan hati yang pasrah...huk2...

    Exam aku start hari Isnin minggu lepas (29.10.2012)...paper Pentaksiran dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah..second paper, 1.11.2012 subjek Nilai dan Etika dalam Pengajian Sosial. Sem ni just exam 3 paper je...bunyi je macam sikit kan...tapi paper berat kot. Tak tido malam aku dok study notes yang ada ni haa...berkorban la tu namanya...

   Akhirnya, exam untuk sem ni abis sudah..tinggal untuk aku kemas2 barang je ni untuk balik bercuti...x sabo aku nak balik..dah lama sangat2 dah aku x balik..tahap kerinduan kat family n kucing2 aku dah sampai tahap gaban dah. Insya Allah..aku balik 10 Nov 2012..hari Sabtu ni..doakan keselamatan perjalanan aku nanti ye...kepada adik2 junior yang still ada 1 paper lagi tu...good luck...n kepada kengkawan..selamat bercuti..walaupun korang x tau kewujudan blog aku ni, aku tetap nak wish happy holiday jugak....miahahaha...

    Haa..x lupa jugak kepada adik2 yang exam SPM yang bermula hari ni...good luck yep. Di saat2 genting ni, perbanyakkan solah hajat, sentiasa baca Quran, solat dhuha...n jaga hubungan dengan Allah dan mak ayah..mintak restu mak ayah...usaha semaksimum yang mampu..Insya Allah, usaha n penat lelah adik2 tu akan berbaloi apabila beroleh kejayaan nanti. Akak cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Sekarang memang sakit..tapi yakinlah, kesakitan tu akan dibalas dengan kejayaan yang membuatkan adik2 x kan lupa sampai bila2..SPM is a sweet memory for me... Adik aku pun SPM jugak...good luck to him..


Adios..(^^,)


Wednesday, December 28, 2011

SIPUT SEDUT.....(^^,)

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog. Banyak hal yang kena diuruskan dan nak ambik peluang untuk rehat. Ermm...fikir punya fikir, ingat nak tukar bahasa dari 'saya' kepada 'aku'. Baru nampak macam tak formal sangat.

Ok...back to the topic. Korang pernah makan siput sedut tak? Tak kisahlah pernah ke tak pernah ke..nak citer jugak..miahahaha. Baru-baru ni, pakcik aku bagi siput sedut sebab ayah aku dok teringin nak makan. Ada la separuh guni baja jugak la dia bagi. Epi giler seeyyhh...dah berbelas tahun tak pekena siput sedut. Masa kecik2 dulu best la sebab arwah nenek aku ada. Dia la yang cari kat sawah.

Kat KL, biasa tengok siput sedut yang ada muncung2 tu. Tapi siput sedut yang ni lain tau. Dia bentuk bulat sikit n cengkerangnya licin. Siput sedut ni kita boleh jumpa kat sawah, time org menuai kalu x silap. Memang best cari siput sedut nih. Dulu aku tengok je arwah nenek aku kutip siput sedut tu sambil2 aku dok tangkap belalang..heheh..bese la..budak kecik...=)

Siput sedut yg dah ditgkap x boleh dimasak terus. Kena bersihkan dulu untuk buang tanah-tanih yang melekat kat kulit siput tu. Untuk bersihkannya, boleh gosok2 siput tu guna batang pisang dan daun apa ntah..x ingat dah nama apa daun tu. Lepas tu, kena potong pulak hujung cengkerang siput tu. Kalu x potong, mcm mana nak sedut nak bagi isi tu keluar..ye dak??...=)

Mak aku buat masak lemak... best sangat2...syok...seronok dapat makan makanan yang dah lama aku x jumpa....

Meh kita tengok rupa siput sedut tersebut...(maaf sebab kualiti gambar kurang memuaskan.snap guna fon je)



Siput sedut yang belum dibersihkan



Inilah rupa siput sedut ye selepas dibersihkan



Perkenalkan, siput sedut masak lemak.err...kuah tu kaler kuning ye..huuuu
                                       
Haa...macam mana? Ada rasa teringin nak makan tak?he2.....nak sedut siput untuk keluarkan isinya pun kena ada kemahiran jugak tau. Aku guna alternatif lain. Aku guna pisau untuk tarik isi tu keluar (nampak sangat tak reti nak sedut..wahahaha)

Ok lah, sampai sini saja. Jumpa lagi di lain entry..salam...babai...=)

wne: belalang goreng pun sedap jugak....=D

Thursday, November 10, 2011

HARAM BELI, JUAL, MINUM COCA COLA...

Assalamualaikum...

Masa tengah tengok FB, terjumpa satu note pasal Coca Cola. Rasanya semua dah tahu yang Coca Cola tu haram dibeli, dijual, dan diminum. Ia produk yang dimiliki oleh Yahudi laknatullah. Untuk mengetahui selanjutnya, sila baca note ini. Saya petik dari FB itu sendiri.

                                  
1-coca cola beri SUMBANGAN SECARA LANGSUNG kepada YAHUDI. Setiap sen dari air tin coke akan digunakan untuk membeli peluru. 

(Coke adalah produk Yahudi dan mereka menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.)

2-Memudaratkan kesihatan. (usus)


3- Hina Islam. 


Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah….

Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” di bimbangi secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik…. 

Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. 

Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. 

Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.


Mencari yang halal itu fardu!


kredit to jom share




wne: sila sebar-sebarkan maklumat ini. Sayangi Islam....



Sunday, October 23, 2011

MAKANAN KAMPUNG

Assalamualaikum...


Ini adalah jering rebus namanya.Ummi yg rebus pagi tadi.Kengkawan sumer pernah makan tak?Kepada yg blum prnah makan, silalah cuba ye.Sedap tau.Nak lagi sedap, jering tu ditumbuk dulu then baru cicah ngn kelapa parut yg dah digaul dengan gula..seperti yg tertera dalam gambar di atas, yang dalam mangkuk putih tu adalah jering yang dah ditumbuk oleh ummi saya.peerrrggghhh...mmg terangkat.(saya tukang makan je,ummi sy yg tumbukkan..ha2)..Tambah2 pulak makan time hujan..

Rasanya sepanjang saya dok KL, x de pulak jumpa jering rebus ni kat mana2 area sekitar KL ni. Time balik kampung ni la dapat jumpa makanan2 macam ni. Esok nak bodek mak ajak gi beli ubi pulak.Tetiba rasa nak makan ubi rebus...huhu...


 wne: aduss..lapar la pulak dok story mory pasal makan2 nih..kena gi selongkar dapur la jawabnya...=P