BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, December 28, 2011

SIPUT SEDUT.....(^^,)

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog. Banyak hal yang kena diuruskan dan nak ambik peluang untuk rehat. Ermm...fikir punya fikir, ingat nak tukar bahasa dari 'saya' kepada 'aku'. Baru nampak macam tak formal sangat.

Ok...back to the topic. Korang pernah makan siput sedut tak? Tak kisahlah pernah ke tak pernah ke..nak citer jugak..miahahaha. Baru-baru ni, pakcik aku bagi siput sedut sebab ayah aku dok teringin nak makan. Ada la separuh guni baja jugak la dia bagi. Epi giler seeyyhh...dah berbelas tahun tak pekena siput sedut. Masa kecik2 dulu best la sebab arwah nenek aku ada. Dia la yang cari kat sawah.

Kat KL, biasa tengok siput sedut yang ada muncung2 tu. Tapi siput sedut yang ni lain tau. Dia bentuk bulat sikit n cengkerangnya licin. Siput sedut ni kita boleh jumpa kat sawah, time org menuai kalu x silap. Memang best cari siput sedut nih. Dulu aku tengok je arwah nenek aku kutip siput sedut tu sambil2 aku dok tangkap belalang..heheh..bese la..budak kecik...=)

Siput sedut yg dah ditgkap x boleh dimasak terus. Kena bersihkan dulu untuk buang tanah-tanih yang melekat kat kulit siput tu. Untuk bersihkannya, boleh gosok2 siput tu guna batang pisang dan daun apa ntah..x ingat dah nama apa daun tu. Lepas tu, kena potong pulak hujung cengkerang siput tu. Kalu x potong, mcm mana nak sedut nak bagi isi tu keluar..ye dak??...=)

Mak aku buat masak lemak... best sangat2...syok...seronok dapat makan makanan yang dah lama aku x jumpa....

Meh kita tengok rupa siput sedut tersebut...(maaf sebab kualiti gambar kurang memuaskan.snap guna fon je)



Siput sedut yang belum dibersihkan



Inilah rupa siput sedut ye selepas dibersihkan



Perkenalkan, siput sedut masak lemak.err...kuah tu kaler kuning ye..huuuu
                                       
Haa...macam mana? Ada rasa teringin nak makan tak?he2.....nak sedut siput untuk keluarkan isinya pun kena ada kemahiran jugak tau. Aku guna alternatif lain. Aku guna pisau untuk tarik isi tu keluar (nampak sangat tak reti nak sedut..wahahaha)

Ok lah, sampai sini saja. Jumpa lagi di lain entry..salam...babai...=)

wne: belalang goreng pun sedap jugak....=D