BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages


Thursday, May 2, 2013

PESTA BUKU PWTC 2013

  


Assalamualaikum you alls ^^,

    Semalam bersamaan dengan 1 Mei 2013 ialah Hari Pekerja. So, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia (walaupun dah lepas, aku tetap nk wish jugak...peduli apa aku...muahahahaha)..

   Ok, meh kita berbalik kepada topik asal kita ye tuan-tuan, cik-cik, dan puan-puan sekalian. Semalam saya  pergi ke PWTC. Sebab apa?? Haaa..sebab ada pesta buku. Nama dia Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Ada yang kata Pesta Buku PWTC 2013, ada yang panggil KLIBF 2013 sebagai singkatan kepada Kuala Lumpur International Book Fair 2013...tu dalam omputeh la okeh. Yang penting sama je. Pesta buku ni diadakan dari 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013. Yang 5 Mei tak tau la ada ke tak sebab hari tu kan mengundi.

  Saya gerak dari hostel dalam pukul 10 lebih macam tu la. Waktu pagi. Saya pergi sana seorang diri. Berani tak?Ahaks...Memandangkan saya ni tak ada transport sendiri, so saya terpaksa la naik teksi je. Nak naik tren memang tak la kalau sorang-sorang macam ni. Tak berani kot..On the way nak dekat-dekat sampai PWTC tu, jalan dah start jem..ni la yang aku tak suka..so nak ringkaskan cerita, saya pun sampai la kat PWTC tu. Dah sampai tu, apa lagi..masuk la kan...

  Kat dalam tu, sesaknya Ya Rabbi...dah lebih dari tin sardin dah keadaan dalam tu. Berhimpit-himpit, bertolak-tolak, semua ada la. Saya yang cinonet ni banyak kali jugak la jadi mangsa kena tolak dek orang belakang dan hampir-hampir terjatuh. Sekali dua tak apa lagi, ni kalau dah banyak kali tolak aku macam nak bagi aku tersembam kat lantai tu, bengang la der....apa lagi, pusing belakang dan terus bagi jelingan yang tak berapa nak mesra kat orang belakang tu. Tau pun takut. Sabar la..orang lain pun nak jalan jugak...haiyoo...

  Kat sana, tak banyak sangat la buku yang aku beli memandangkan duit saya tak banyak mana pun. So terpaksa berjimat. Tak adanya yang sudi sponsor  diri saya ini..huk3. Saya hanya sempat beli majalah Ujang 2 naskhah dan APO? 1 naskhah. Tu saya beli untuk adik saya. Lepas tu saya usaha jugak cari booth favourite saya iaitu Gempak Starz.Cari punya cari akhirnya jumpa la jugak...Happynya rasa...macam nak lompat-lompat kat situ jugak...ahahahaha...

Beli 3 majalah harganya 10 ringgit dan dapat free beg kertas.  


Komik dari Gempak Starz

  Kat booth Gempak Starz, saya beli 4 buah komik seperti yang tertera dalam gambar di atas(ecececeh). Saya terpaksa tindan macam tu sebab cover komik seram tu pic dia scary lor..ha2...Saya beli komik tajuk Panggilan Kubur, K.O. King, Mamai, dan Show Time!. Ok..kalu korang beli 4 buah komik macam ni, korang akan dapat free 1 beg kitar semula dan cenderahati. Senang kata, makin banyak korang beli, makin banyak la korang dapat beg kitar semula dan cenderahati tu. Comel giler beg dia...he3..

Dapat beg kitar semula dan cenderahati (fail)
Comel kan beg tu??Ha2..

  Selain tu, saya ada la jugak jumpa beberapa orang penulis buku dan pakar motivasi kat sana. Excited terlebih pulak jumpa diorang depan-depan mata ni..pameran lain pun ada...meh tengok pic ni meh...(malas menaip punya pasal la ni)

Ini Ain Maisarah (yang baju purple dok belah kanan tu ye ^^,)

Sape tak kenal Hilal Asyraf ni? meh nak babap..hahak


Model Masjid Nabawi
Model Masjidil Haram

Prof. Doktor Muhaya (comotnya muka kawe...adess)

     Saya memang tak dapat nak ambik banyak gambar sebab orang terlalu ramai dan berhimpit-himpit. Tapi pape pun, memang happy giler ah...ye la..terjumpa pulak dengan orang yang tak disangka-sangka yang dalam gambar atas ni...haha... So, kepada korang yang belum pergi lagi tu, pergi la cepat..dah nak habis dah ni tau. 

  Bagi peminat komik keluaran Gempak Starz macam saya, korang boleh dapatkan autograf dari pelukis komik kegemaran korang. Hari Sabtu ni iaitu 4 Mei 2013, yang akan ada kat sana ialah Keith, Kaoru, Jo, dan Nishiki. Korang boleh bawak komik korang yang sedia ada atau beli je komik kat sana. Tapi kena la komik yang diorang hasilkan okeh. Bad news, 5 Mei 2013 (Ahad) tu sepatutnya ada jugak sesi autograf bersama Keith, Kaoru, Jo, dan Tadatada tapi malangnya terpaksa dibatalkan sebab nak beri laluan kepada PRU 13. Booth Gempak Starz hanya dibuka sehingga 4 Mei 2013 sahaja. Jadi, korang ada peluang sampai hari Sabtu ni je la untuk borong komik kegemaran korang tu. Apa-apa hal korang boleh rujuk di FB Gempak Starz (klik sini). 

  Bagi yang still ada baucer buku, korang boleh guna sekali kat sana. Ada booth yang terima dan ada yang tak terima. Kena pandai-pandai pilih. Saya tak sempat nak guna semalam sebab dok kalut berhimpit-himpit dengan orang ramai...haha..rasa sedih pulak. 

  Jadi, kepada ulat buku sekalian, cepat-cepat la menghadirkan diri ke PWTC tu ye..banyak promosi menarik kat sana. Rugi tau kalau tak pergi. ^^,


WNE: Terkilannya tak dapat jumpa Keith =='