BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages


Monday, November 5, 2012

DEMAM EXAM!!! T__T

Assalamualaikum...

      Lamanya tak update kat blog ni. Dah bersawang dah ni...ahak...biasa la, kalau dah sibuk sangat dengan assignment, praktikum, lepas tu exam lagi...memang tak boleh fokus kat benda lain. Just fikir pasal nak setelkan kerja2 tu je..sesaknya otak hanya Allah yang tau. Tapi aku just anggap benda ni sebagai dugaan dari-Nya. Tu tak termasuk hal2 lain lagi yang ada boleh buat aku sampai jadi migrain. Sabar je la..

    Masa aku tulis blog ni, hujan renyai2 kat luar tu. Sejuk. Tido sedap ni. Tambah2 kalau dapat peluk kucing2 aku...jadi pembekal haba...hihiks....rindunya kat diorang..tiba2 teringin nak makan ubi rebus hujan2 macam ni.. ubi kayu panas cicah ngan nyor(kelapa)..sangat syok makan time hujan macam ni..nanti balik, nak mintak mak buatkan...ha2...sweet betul mak aku..apa2 je yang anak2 dia nak makan..especially yang dok jauh ni, kompem dia masakkan...dah nama pun mak kan..mesti la sayang anak dia...taaaaaaayam mak...hik2...=)

   Hari ni, pukul 11 pagi tadi aku baru tamat exam final sem untuk kali ni. Sedar tak sedar dah habis sem 6 dah aku ni ye..daripada tahun 2008 sampai 2012 ni, dah 4 tahun aku dok KL..yang dari dulu jakun tahap gaban kalau datang KL...sekarang jadi tak heran dah..malah jadi rasa bosan dah...hak2...paper last aku hari ni subjek Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi. Kitorang panggil "killer paper"...sebab apa? sebab subjek ni kena bermain dengan fakta 100%..langsung tak boleh goreng, rebus, or panggang...masa aku bukak kertas soalan tadi pun, aku mengucap panjang. Soalan macam nak bunuh orang. Time tu aku redha je..dengan lafaz bismillah..aku terima nikahnya...eh bukan...aku jawab paper tu dengan hati yang pasrah...huk2...

    Exam aku start hari Isnin minggu lepas (29.10.2012)...paper Pentaksiran dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah..second paper, 1.11.2012 subjek Nilai dan Etika dalam Pengajian Sosial. Sem ni just exam 3 paper je...bunyi je macam sikit kan...tapi paper berat kot. Tak tido malam aku dok study notes yang ada ni haa...berkorban la tu namanya...

   Akhirnya, exam untuk sem ni abis sudah..tinggal untuk aku kemas2 barang je ni untuk balik bercuti...x sabo aku nak balik..dah lama sangat2 dah aku x balik..tahap kerinduan kat family n kucing2 aku dah sampai tahap gaban dah. Insya Allah..aku balik 10 Nov 2012..hari Sabtu ni..doakan keselamatan perjalanan aku nanti ye...kepada adik2 junior yang still ada 1 paper lagi tu...good luck...n kepada kengkawan..selamat bercuti..walaupun korang x tau kewujudan blog aku ni, aku tetap nak wish happy holiday jugak....miahahaha...

    Haa..x lupa jugak kepada adik2 yang exam SPM yang bermula hari ni...good luck yep. Di saat2 genting ni, perbanyakkan solah hajat, sentiasa baca Quran, solat dhuha...n jaga hubungan dengan Allah dan mak ayah..mintak restu mak ayah...usaha semaksimum yang mampu..Insya Allah, usaha n penat lelah adik2 tu akan berbaloi apabila beroleh kejayaan nanti. Akak cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Sekarang memang sakit..tapi yakinlah, kesakitan tu akan dibalas dengan kejayaan yang membuatkan adik2 x kan lupa sampai bila2..SPM is a sweet memory for me... Adik aku pun SPM jugak...good luck to him..


Adios..(^^,)


0 comments: